suria

Ini Bukan Baju Angkasawan Tapi...

Inovasi menggabungkan baju hujan dan payung. Foto Aliexpress

BAJU hujan dan payung menjadi keperluan yang penting semasa hujan, dan pereka dari China kini tampil menghasilkan sesuatu yang pelik dinamakan sebagai 'baju hujan payung'.

Pakaian inovatif ini digunakan semasa hujan yang menggabungkan baju hujan dan payung.

Pada mulanya, ia kelihatan tidak masuk akal tetapi terdapat hujah-hujah yang dikeluarkan beberapa penjual seperti laman web Aliexpress mengenai kelebihannya.

Ia dikatakan bahawa payung hanya melindungi bahagian atas badan daripada terkena hujan, tetapi bahagian bawah terutama kaki terdedah.

Foto Aliexpress

Malah katanya, baju rekaan baharu ini membuatkan tangan anda bebas bergerak tanpa perlu memegang payung.

Namun ada yang mempersoalkan tidakkah pemakaian baju hujan adalah lebih baik?

Menjawab kepada pertanyaan itu, ia menjawab: "Bukankah anda mahu menunjukkan pakaian anda pada masa sama melindungi diri daripada terkena hujan.

"Walaupun memakai baju hujan yang lutsinar, tetapi ia masih kelihatan kabur dan tidak jelas semasa hujan. Oleh itu, dengan memakai 'baju hujan payung', orang lain masih dapat melihat pakaian anda dengan begitu jelas." - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah! Kekasih Ronaldo Hamil

Artikel Lain