suria

Burger Nasi Lemak?

BAGI rakyat Malaysia dan Singapura, nasi lemak adalah hidangan sarapan yang sering menjadi pilihan ramai.

Menyedari hakikat itu, McDonald Singapura telah memperkenalkan menu baharu iaitu burger nasi lemak.

Menurut Channel News Asia, hidangan unik itu yang mengandungi roti semolina, daging ayam berperisa kelapa, telur, bawang tumis, timun dan sambal.

Menu unik ini telah dilancarkan dengan kerjasama Festival Makanan Singapura 2017 dan sempena Hari Kebangsaan Singapura.

Selain itu, restoran makanan segera itu juga melancarkan minuman dan manisan tempatan seperti Chendol McFlurry, ais krim kon chendol, air Bandung McFizz, air Pandan Coco Frappe dan pai kelapa.

Nampaknya penduduk Singapura telah meyakinkan rangkaian syarikat makanan segera itu untuk menyediakan menu karbohidrat tinggi dan manisan tempatan.

Di Twitter, pengguna aplikasi itu memuat naik gambar bersama pendapat yang berbeza berkenaan burger nasi lemak tersebut.

Walaupun tidak semua yang suka dengan hidangan campuran timur dan barat itu, tetapi ramai juga yang berkata burger itu sangat sedap kerana rasanya seperti nasi lemak yang sebenar.

Alang-alang di Singapura sudah ada, McDonald’s Malaysia tidak mahukah memperkenalkan menu yang sama? Pasti ramai yang mahu mencuba.

McDonald Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut Dihempap Dinding Stadium

Artikel Lain