suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badak Tertua Di Dunia Mati

MANILA: Bertha, dipercayai badak tertua di dunia, disahkan mati pada usia 65 tahun.

Menurut pihak zoo di Manila, usianya telah mengatasi jangka hayat kebanyakan binatang herbivor yang lain.

Haiwan betina seberat 2.5 tan itu dijumpai mati pada Jumaat lalu. Keputusan bedah siasat menunjukkan Berta telah mati kerana beberapa kegagalan organ, kata pengarah zoo, James Dichaves.

“Bertha adalah antara haiwan terawal di sini. Pasangannya mati pada 1980-an dan ia gagal dalam program pembiakan,” ujarnya.

Bertha tiba di zoo Filipina ketika usianya tujuh tahun pada tahun pembukaan zoo tersebut pada 1959.

Menurut Dichaves, pihaknya kehilangan rekod yang menunjukkan tempat asal Bertha.

Bertha yang diberi makan rumput, buah dan roti, telah hidup lebih daripada 40 ke 50 tahun, tempoh jangka hayat haiwan itu sama ada hidup di hutan atau di zoo.

Badak

Artikel Berikut

Artikel Lain