suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Larang Peranti Dalam Kabin, Komputer Riba Untuk Penumpang VIP

ISTANBUL: Turkish Airlines menawarkan komputer riba kepada penumpang kelas perniagaannya untuk digunakan di dalam pesawat berikutan Britan dan Amerika Syarikat (AS) melarang peranti elektronik besar dibawa masuk ke dalam kabin dari beberapa negara tertentu. 

Washington melarang semua peranti elektronik yang lebih besar dari telefon bimbit bagi penerbangan ke AS dari 10 lapangan terbang di Turki dan tujuh negara Timur Tengah.

Bagaimanapun, penumpang membenarkan mereka membawanya menerusi beg yang didaftar masuk. 

“Syarikat penerbangan negara kini mula menawarkan komputer riba kepada penumpang kelas perniagaan bagi penerbangan ke AS bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Turkish Airlines turut menawarkan perkhidmatan itu kepada penumpang kelas perniagaan ke United Kingdom.

Penumpang terabit boleh mendapatkan komputer riba daripada kru kabin untuk digunakan di dalam pesawat. - AFP

Artikel Sebelum

Dua Maut Letupan Di Manila

Artikel Berikut

Artikel Lain