suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Letupan Di Manila

MANILA: Sekurang-kurangnya dua maut dan empat lagi cedera dalam letupan yang berlaku di ibu negara Filipina pada Sabtu.

Menurut laporan polis, letupan awal berlaku pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan dekat sebuah masjid di Quiapo.

Letupan kedua berlaku di kawasan yang sama pada kira-kira pukul 8.30 malam, menurut seorang jurugambar AFP yang merupakan antara pemberita dekat tempat kejadian.

Satu lagi letupan berlaku di Quiapo pada 29 April lalu semasa para pemimpin Asean menyertai satu sidang kemuncak di ibu negara Filipina.

Insiden itu mencederakan 14 orang.

Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab terhadap letupan pada 29 April.

Bagaimanapun, polis menegaskan ia bukan disebabkan serangan pengganas atau mempunyai kaitan dengan perjumpaan pemimpin politik serantau.

Artikel Lain