suria

Manchester Bandar 'Orang Gemuk', 'Gay'

ANTARA grafiti berunsurkan homoseksual yang terpampang di dinding sebuah hotel di Manchester.

MOSCOW: Akhbar paling laris di Rusia menuduh bandar Manchester di England sebagai bandar yang dipenuh 'manusia gemuk' dan  mengalami 'kejatuhan moral' ekoran pengaruh homoseksual yang tidak wajar dicontohi oleh Moscow.

Akhbar Komsomolskaya Pravda yang memetik kenyataan seorang rakyat Rusia berkunjung ke Manchester sebagai berkata: "Wanita di bandar itu sangat gemuk dan buruk seperti golongan lelaki.

"Mereka terlalu banyak mengambil makanan ringan dan kentang. Mereka banyak minum bir dan itu adalah kesannya."

Artikel itu merupakan penulis kolumnis akhbar terbabit, Alisa Titko yang sering mengkritik golongan wanita dan menggesa Moscow sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 agar tidak menjadikan bandar Manchester sebagai contoh.

Alisa Titko

"Memang benar ramai orang gemuk di Manchester.

"Wanita muda tempatan tidak kisah perut mereka memboyot.

"Malah mereka tidak kisah memakai seluar ketat ketika berkunjung ke kelab malam meskipun memiliki bentuk badan sedemikian.

"Tidak logik lelaki bertukar menjadi homoseksual disebabkan golongan wanita terlalu gemuk, tetapi faktor itu juga boleh mempengaruhi," katanya menurut laporan Mail Online.

Titko turut mendakwa bandar Manchester dipenuhi dengan lelaki homoseksual termasuk sebuah kawasan yang digelar sebagai "Kampung Gay".

"Aksi golongan gay memegang tangan dan bercumbuan amat menjijikkan.

"Saya rasa bersyukur tiada pemandangan sedemikian di Moscow," katanya.

Manchester, Bandar Gemuk, Gay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain