suria

Jepun Tawar Pesawat Peronda

Pesawat P-3C dimiliki oleh Tentera Pertahanan Maritim Jepun. - Nikkei Asian Review

TOKYO: Jepun merancang untuk menderma pesawat tentera yang tidak telah bersara kepada Malaysia untuk menguatkan pakatan kedua-dua negara sebagai tindak balas kepada tuntutan maritim China.


Kedua-dua negara adalah antara negara di rantau ini  yang bekerjasama dalam aspek pertahanan untuk menentang pendirian Beijing yang dilihat agresif berhubung isu yang membabitkan laut.


Beijing bertegas mendakwa pihaknya mempunyai hak terhadap hampir keseluruhan kawasan Laut China Selatan di mana perairan tersebut turut menjadi tuntutan Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan.


Laporan perniagaan harian Nikkei menyatakan, Tokyo merancang untuk  menawarkan pesawat peronda P-3C selepas menerima permintaan daripada Kuala Lumpur melalui pegawai Kementerian Pertahanan yang tidak dinamakan.


Parlimen Jepun kini sedang menyediakan bil yang membolehkan negara itu menyediakan peralatan ketenteraan ke negara lain tanpa sebarang kos.


Malaysia bakal menjadi negara pertama yang menerimanya jika bil tersebut diluluskan, lapor Nikkei.


Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyatakan jumlah pesawat P-3C yang akan diberikan.


Kini, Tentera Pertahanan Maritim Jepun memiliki sebanyak 60 unit pesawat P-3C yang beroperasi dan merancang untuk menghentikan perkhidmatan pesawat yang sudah melangkaui 15,000 jam penerbangan. - AFP

Jepun, Malaysia, pesawat peronda

Artikel Berikut

Artikel Lain