suria

Wanita Jumpa 'Nota Rayu Bantuan' Ketika Membeli-Belah

- fotoKPTV

SEORANG pembeli mendakwa dia telah menemui sepucuk surat daripada seorang pekerja Cina yang 'terperangkap' dan merayu bantuan.

Wanita yang tidak dinamakan itu telah menemui satu nota di dalam dompetnya ketika sedang membeli-belah di pasaraya Walmart, di Sierra Vista, Arizona, Amerika Syarikat.

Nota dalam bahasa Cina itu telah ditulis tangan dan apabila ia diterjemahkan, ia menunjukkan satu situasi yang agak membimbangkan.

Nota itu datangnya daripada seorang pekerja yang 'terperangkap' dengan majikannya yang memaksanya bekerja selama 14 jam sehari, menurut KPTV.

Penulis surat itu juga mendakwa tidak diberi makanan yang cukup atau menerima rawatan perubatan yang sepatutnya.

Wanita itu yang telah melakukan tiga kali terjemahan untuk memastikan kesahihan maksudnya, berkata orang yang menghantar nota itu merayu bantuan daripada sesiapa yang membacanya.

Tetapi katanya, dia tidak dapat memberikan bantuan yang diminta sambil berharap ada pihak lain yang dapat membantu.

pekerja Cina, nota bantuan, Walmart

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain