suria

Bekas Pengawal Dedah Kengerian Kem Tahanan Korea Utara

Kem 12, tempat di mana Lim Hye-jin pernah bekerja. -foto Google

SEORANG bekas pengawal di kem tahanan di Korea Utara telah bercakap tentang kejadian dera, rogol dan hukuman mati mengerikan yang berlaku di situ setiap hari.

Tahanan dilayan seperti 'haiwan' oleh pengawal-pengawal rejim Kim Jong-un yang menyiksa mereka dan terpaksa berdepan situasi ngeri di kem-kem tahanan, walaupun rejim itu menafikan wujudnya situasi seperti itu.

Lim Hye-jin, yang mula bekerja sebagai pengawal di Kem 12 pada umur 17 tahun telah memberitahu Mail pada Ahad mengenai apa sebenarnya yang berlaku di dalam kem itu yang dikawal Jong-un.

Dia mengimbas saat-saat di mana dua adik-beradik telah melarikan diri dari kem tahanan dan tujuh ahli keluarga mereka dibunuh dengan penuh rasa dendam. Selepas ahli keluarganya dibunuh, mereka disiksa dengan kejam.

Dia berkata: "Kedua-dua beradik itu telah dipancung di hadapan semua orang. Mereka memanggil semua orang untuk melihatnya sebagai amaran untuk tidak melarikan diri. Banduan lain dipaksa membaling batu ke arah mereka."

Lokasi kejadian kejam ini berlaku secara dahsyat di kem-kem di kawasan pergunungan, dakwanya.

Sebagai pengawal wanita pertama yang bersuara tentang apa sebenarnya berlaku, Lim berjaya melarikan diri selepas dia ditangkap kerana melakukan kerja haram di China.

Di dalam penjara, dia dipaksa berbogel di hadapan pengawal keselamatan lelaki tetapi berjaya melarikan diri ke Seoul, Korea Selatan, di mana dia kini menetap di sana.

Dia berkata: "Saya rasa dikhianati oleh pemimpin-pemimpin yang berbohong kepada kami. Kami diberitahu untuk tidak melihat tahanan sebagai manusia. Sekarang saya trauma."

Tahanan politik yang dilabel sebagai musuh negara telah ditahan di kem tersebut, tetapi kebanyakan penghuni di dua kem tempat Lim bekerja terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Dia mendedahkan bagaimana pengawal-pengawal merogol wanita, memaksa mereka melakukan pengguguran, malah membunuh mereka dengan suntikan maut, sebelum mayat dicampak ke satu longgokan besar.

kem tahanan, Korea Utara, Lim Hye-jin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain