Jerman Haram Burqa - Dunia | mStar

Jerman Haram Burqa

BERLIN: Kerajaan Jerman meluluskan larangan pemakaian burqa sebagai langkah untuk menghalang serangan golongan pengganas ke negara itu.

Larangan cuma tertakluk kepada kakitangan awam, termasuk pegawai pilihan raya, tentera dan kakitangan badan kehakiman, ketika melakukan tugas masing-masing.

"Kerajaan bertanggungjawab meletakkan diri sebagai pihak berkecuali dari segi ideologi dan agama," menurut teks perundangan yang diluluskan Dewan Rakyat.

Undang-undang baharu itu susulan serangan militan, termasuk rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin, yang meragut 12 nyawa.

Bagaimanapun, perundangan itu tidak merangkumi pengharaman keseluruhan di tempat awam seperti dituntut pihak berhaluan kanan.

Sejak 2015, Jerman menerima lebih sejuta pendatang dan pelarian, kebanyakannya dari negara Islam. Ia mencetuskan kecaman dan meningkatkan populariti parti berhaluan kanan, Alternatif for Germany, yang cuba mengaitkan kebanjiran itu dengan peningkatan ancaman keganasan. - AFP






burqa , Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sekatan Pyongyang Diperketat

Artikel Lain