suria

John Cena, Tunang Berbogel Hargai Peminat

SELEPAS menggemparkan dunia gusti dengan lamaran mengejutkan di atas sambil disaksikan kira-kira 30,000 penonton, bintang WWE, John Cena kini tampil lagi membuat kejutan kepada peminatnya.

Cena bersama tunangnya, Nikki Bella menyiarkan video yang menunjukkan mereka berbogel sepenuhnya demi meraikan pelanggan ke-500,000 dalam laman perkongsian video YouTube mereka.

Dalam video itu, Cena dilihat malu untuk berbuat demikian tetapi didesak oleh Bella yang mengenakan pakaian berwarna merah.

"Saya fikir ini bukan idea yang bagus," kata Cena seperti dilaporkan portal Mirror.

Namun Bella membalas, "Diam dan buka pakaian anda."

Malah pasangan itu turut menari dalam keadaan berbogel sambil Bella memegang sekeping kertas yang tertera angka 500, sebagai simbolik mendapat 500,000 pengikut dalam YouTube.

Video berkenaan telah ditonton hampir sejuta kali dan mendapat komen positif daripada peminat mereka.

John Cena, Nikki Bella

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain