suria

Pasang Pagar Automatik Didik Pejalan Kaki

BEIJING: Pihak berkuasa di bandar Wuhan di China, terpaksa memasang pagar automatik untuk pejalan kaki bagi menangani kes pelanggaran peraturan melintas jalan dalam kalangan orang awam.

Masalah orang awam melintas jalan tanpa mengikut arahan lampu isyarat semakin serius di bandar-bandar utama di China, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pihak berkuasa China berusaha menangani masalah itu sejak beberapa tahun lalu dan beberapa kaedah telah digunakan termasuk memalukan pesalah dengan menghukum mereka memakai topi hijau, mewarnakan garisan merah di laluan pejalan kali dan meletakkan patung manusia yang kelihatan cedera sebagai amaran kepada orang awam.

Namun usaha tersebut ternyata tidak berkesan untuk menyedarkan orang awam tentang kesalahan yang mereka lakukan.

Kini jabatan trafik di Wuhan dekat wilayah Hubei, menggunakan kaedah berbeza iaitu memasag pagar automatik di kawasan persimpangan yang sibuk bagi mengawal pergerakan pejalan kaki melintas jalan.

Pejalan kaki hanya dibenarkan melintas selepas lampu bertukar hijau dan pagar akan dibuka untuk membenarkan mereka menyeberangi jalan.

Malah pihak berkuasa memasang kamera untuk merakam mana-mana pihak yang cuba melompat melepasi pagar tersebut dan menyiarkan muka mereka pada pada skrin yang dipasang berdekatan kawasan persimpang yang sama.

Bagaimanapun kaedah itu masih diperingkat percubaan dan sekiranya berjaya, peralatan tersebut akan dipasang di seluruh bandar terbabit.

China, Pagar Automatik

Artikel Lain