suria

Gempar Lelaki Bersenjata Pisau Di Stesen Kereta Api Paris

Pasukan polis membawa suspek bersenjatakan pisau yang ditahan di stesen kereta api Gare Du Nord di Paris. Foto Hannah Bayman/Mail Online

STESEN kereta api Gare Du Nord di Paris digemparkan dengan penahanan seorang lelaki bersenjatakan pisau, mengakibatkan ramai penumpang yang panik melarikan diri.

Insiden berlaku sehari sebelum hari mengundi presiden Perancis, dan beberapa hari selepas serangan pengganas di Champs Elysee di ibu negara, yang menyebabkan seorang anggota polis terbunuh.

Orang ramai menyaksikan pasukan polis menahan suspek sebelum merebahnya ke lantai.

Beberapa penumpang yang panik melarikan diri dan perkhidmatan kereta api Eurostar dikatakan ditundakan.

Sumber polis memberitahu suspek ditahan merupakan lelaki berusia 20 tahun dari Mali.

Seorang anggota polis Perancis berkata, seorang lelaki yang membawa pisau memasuki stesen dan menunjukkan senjata itu ke arah pasukan polis yang kemudian segera menahannya sebelum mencederakan orang ramai.

Satu lagi sumber polis menambah, penahanan itu menyebabkan situasi panik di stesen kereta api apabila ramai penumpang meninggalkan bagasi mereka dan lari untuk menyelamatkan diri. 

Keadaan tegang semakin memuncak susulan serangan terhadap anggota polis di Champs Elysee pada Khamis malam.

Dalam kejadian itu, beberapa polis turut cedera dan penyerang turut maut menerusi tembakan balas. - Mail Online 


Artikel Lain