Pengganas Di Paris Pernah Dipenjara Kerana Cuba Bunuh Polis - Dunia | mStar

Pengganas Di Paris Pernah Dipenjara Kerana Cuba Bunuh Polis

Gambar rakaman video menunjukkan polis melakukan pemeriksaan dekat kereta yang digunakan penyerang dalam insiden serangan Champs Elysees Avenue di Paris yang menyebabkan seorang anggota polis terbunuh. Foto Reuters

PENYERANG yang menembak mati seorang anggota polis dan mengakibatkan dua lagi anggota cedera parah di Paris pernah dipenjarakan kerana melepaskan tembakan kepada anggota polis.

Malah suspek juga pernah menyuarakan hasratnya untuk membunuh polis di media sosial.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan dikenal pasti sebagai Karim C, disebut juga sebagai 'Abu Yousuf the Belgian' didakwa membuat ancaraman itu menerusi apliksi mesej Telegram.

Dia disabitkan bersalah pada 2001 dan dipenjarakan selama 20 tahun. Lelaki berkenaan bagaimanapun dibebaskan lebih awal.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan insiden tembakan yang berlaku dekat Champs Elysees merupakan serangan 'sasaran'.

Pihak pendakwa membuka siasatan berhubung tindakan keganasan.

ISIS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu. 

Dilaporkan seorang penjalan kaki turut cedera dalam insiden tersebut. 

Presiden Perancis, Francois Hollande memberitahu, beliau yakin ia merupakan serangan pengganas yang berkaitan.

Lelaki bersenjata itu ditembak mati di tempat kejadian. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti