suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Perancis Geledah Rumah Suspek Tembak Polis

PARIS: Penduduk sekitar bandar Chelles bimbang dan terkejut apabila polis menyerbu dan menggeledah sebuah rumah di pinggi bandar timur Paris.

Difahamkan, tindakan polis itu ada kaitan dengan serangan ke atas anggota polis di Champ-Elysees.

Dokumen polis yang diperoleh The Associated Press (AP) mengenal pasti alamat di bandar Chelles itu adalah milik keluarga Karim Cheurfi, 39, yang mempunyai rekod polis.

Dua pegawai polis berkata, suspek utama serangan ialah lelaki berusia 39 tahun dari kawasan pinggir bandar di timur Paris.

Sementara itu, pita garisan polis kelihatan di kawasan kejiranan golongan kelas pertengahan di Chelles awal pagi.

Sebelum ini, skhbar Perancis, Le Parisien, sebelum ini melaporkan Karim pernah disabitkan dengan jenayah menyerang anggota polis pada 2001. - AP


Karim Cheurfi, Paris

Artikel Sebelum

Artikel Lain