suria

Selepas Setahun, Mayat Raja Bhumibol Akan Dibakar

Lokasi pembakaran mayat mendian Raja Bhumibol sedang giat dijalankan di tengah bandaraya Bangkok.

BANGKOK: Persiapan rapi selama lima hari sedang dirangka untuk upacara membakar mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej  pada 26 Oktober depan.

Pengesahan tarikh pembakaran mayat itu juga membolehkan rancangan dibuat untuk pertabalan secara rasmi anak mendiang, Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta Disember lalu.

“Istana mengesahkan raja bersetuju dengan rancangan yang diatur kerajaan. Pembakaran mayat akan berlangsung pada 26 Oktober,” kata Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam kepada pihak media.

Bhumibol mangkat pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun selepas lebih 70 tahun berada di atas takhta dan menjadi tokoh penyatuan rakyat negara itu.

Pegawai berkata, upacara pembakaran mayatnya akan diadakan secara besar-besaran sesuai dengan kedudukan mendiang sebagai raja yang disayangi rakyat.

Bagaimanapun, peruntukan untuk majlis itu tidak didedahkan.

Penganut Buddha negara itu biasanya menunggu sehingga seminggu atau lebih sebelum membakar mayat anggota keluarga mereka, bagaimanapun tempoh itu lebih lama bagi keluarga diraja.

Kali terakhir upacara pembakaran mayat anggota keluarga diraja Thai ialah pada 2008, untuk kakak Bhumibol, Puteri Galyani Vadhana.

Mayatnya dibakar selepas perkabungan selama 100 hari.

Tempat pembakaran mayat Bhumibol di sebuah dataran awam di Bangkok sedang disiapkan. - Reuters



Bhumibol, Buddha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain