suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Himalaya: 44 Maut Nahas Bas Jatuh Gaung

NEW DELHI: Nahas bas terbabas dan terjunam ke dalam gaung ketika melalui jalan di kawasan pergunungan Himalaya mengakibatkan sekurang-kurangnya 44 orang terkorban.

Bas yang membawa 56 penumpang itu jatuh ke dalam sungai di Himachal Pradesh yang terletak kira-kira 115 kilometer dari ibu negerinya, Shimla.

“Laporan awal menunjukkan bas persendirian itu terjatuh ke dalam gaung dan mengakibatkan 44 terbunuh,” kata Komisioner Polis daerah Shimla, Rohan Chand Thakur.

Katanya, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian ketika usaha menyelamat sedang dilakukan.

Bagaimanapun, punca kemalangan atau sama ada terdapat mangsa terselamat yang mengalami kecederaan tidak dapat dipastikan.

India memiliki jalan raya yang dikategorikan paling berbahaya di dunia.

Negara itu mencatatkan lebih 150,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan yang antara lain disebabkan oleh keadaan jalan yang daif, kenderaan tidak diselenggara dan memandu secara cuai.

Pada Februari lalu, 16 orang terbunuh dan lebih 50 cedera apabila sebuah trak membawa penumpang ke sebuah gereja terbalik di kawasan berbukit di timur laut India. – AFP


Himachal, Himalaya

Artikel Sebelum

Sang Bedal Depan Rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain