suria

Aksi Seksi Penjaga Garisan Curi Tumpuan

RIO DE JANEIRO: Aksi seksi seorang penjaga garisan dalam satu perlawanan bola sepak di Brazil ternyata mencuri tumpuan penonton dan pemain.

Ini kerana Denise Bueno, seorang model tempatan yang memiliki 33,000 pengikut di laman Instagram, memakai baju putih nipis tanpa mengenakan pakaian dalam ketika menjadi penjaga garisan semasa perlawanan amatur antara kelab Desire dan Sporting di Sao Paulo baru-baru ini.

Malah pada perlawanan itu, Denise juga sengaja menumpahkan air ke bajunya ketika sedang minum dengan harapan menarik perhatian penonton.

Namun bukan sahaja penonton yang memberi tumpuan kepada aksi seksi itu, tetapi pemain yang terlibat dalam perlawanan tersebut juga hilang tumpuan dan banyak menghabiskan masa melihat Denise.

Denise ternyata mempunyai bakat untuk menjadi penjaga garisan apabila mampu berlari mengikut kelajuan perlawanan dan pemain.

Lebih mengejutkan dia juga tahu beberapa peraturan apabila mengangkat bendera dengan isyarat lontaran ke dalam.

Sebelum perlawanan itu juga, Denise sempat bergambar dengan pemain kedua-dua pasukan, tetapi tujuan dia menjadi penjaga garisan dalam perlawanan tersebut tidak dapat dipastikan.

Denise Bueno

Artikel Berikut

Artikel Lain