suria

Saya Jalin Hubungan Dengan Inspektor - Ketua Polis Britain

Cressida Dick

LONDON: Wanita pertama yang menjadi ketua polis Britain, Cressida Dick pada Selasa mengakui menjalinkan hubungan intim dengan seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor dikenali sebagai Helen.

Cressida yang memegang jawatan Komisioner Scotland Yard menggantikan Sir Bernard Hogan-Howe pada Februari lalu, menyifatkan pasangannya itu sebagai seorang teman yang sentiasa memberi sokongan dan berwatakan ceria.

"Helen kini mengetuai pasukan tindak balas di kawasan London Selatan," kata wanita berusia 59 tahun itu ketika sesi wawancarara bersama akhbar Evening Standard.

Mengulas tentang tanggungjawab beliau memimpin pasukan polis Britain, Cressida berikrar tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan ketua polis terdahulu, Sir Bernard Hogan-Howe yang dikritik teruk kerana tidak mesra media.

Hogan-Howe didakwa mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pegawai bawahan apabila beliau memaksa setiap anggotanya untuk mengakui jika berhubung dengan wartawan.

"Saya mahu memulihkan kembali hubungan dengan media selagi boleh," katanya.

Bagi membezakan dirinya dengan Hogan-Howe, Dick turut menolak penggunaan kereta rasmi, model Range Rover bernilai 65,000 pound sterling (RM362,449) yang diberikan oleh jabatan selain sanggup memotong gajinya sebanyak 40,000 pound sterling (RM223,046).

Malah Dick membuang motto yang digunakan oleh Hogan-Howe dalam laman web rasmi pasukan polis Britain itu.

Cressida Dick

Artikel Sebelum

Artikel Lain