suria

Bekas Presiden AS George HW Bush Dimasukkan Ke Hospital

Gambar fail George HW Bush. Foto Reuters

BEKAS presiden Amerika Syarikat (AS), George HW Bush dimasukkan semula ke hospital pada Selasa kerana jangkitan pneumonia, kata jurucakapnya.

Menurut KHOU, Bush, 92, yang menerima rawatan di Hospital Methodist di Houston kini dikatakan stabil.

"Beliau sedang melalui proses pemulihan dan pulang ke rumah," kata jurucakap, Jim McGrath.

Pejabat bekas presiden AS itu pada Selasa mengeluarkan kenyataan: "George HW Bush dimasukkan ke Hospital Methodist Houston pada Jumaat lalu untuk pemerhatian kerana batuk yang berterusan sehingga menyukarkan beliau untuk berehat dengan baik.

"Beliau didapati mengalami kes ringan pnenumonia, dan dirawat dan telah diselesaikan.

"Bush mempunyai semangat yang kuat dan menjalani pemerhatian lanjut sementara pulih sepenuhnya," menurut kenyataan itu.

Bush pada Mac lalu dilihat pulih sepenuhnya daripada jangkitan pneumonia selepas dimasukkan ke hospital selama dua minggu. - Mail Online

Artikel Lain