suria

AS Gugurkan 'Ibu Segala Bom' Di Afghanistan

'Ibu segala bom' yang dijatuhkan oleh tentera udara AS di Afghanistan. Foto Reuters

TENTERA Udara Amerika Syarikat (AS) mengugurkan 'ibu segala bom' yang menyasarkan rangkaian kumpulan militan ISIS di Afghanistan.

Bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast Bomb merupakan bom bukan nuklear terbesar yang pernah digunakan.

Ia dijatuhkan pada pukul 4 petang waktu United Kingdom (12 tengah malam waktu Malaysia).

Letupan bom itu mengakibatkan kawah besar dengan kelebaran lebih 300 meter.

Jurucakap Pentagon, Adam Stump mengesahkan serangan itu dilakukan ke atas kubu ISIS dalam operasi khas perintah tentera udara menggunakan bom seberat lebih 9,500 kilogram yang mengandungi 11 tan bahan letupan. 

Presiden AS, Donald Trump memberitahu pemberita bahawa beliau menyifatkan operasi itu sebagai misi yang sangat berjaya.

"Kita amat berbangga dengan tentera kita," katanya. 

Artikel Berikut

Artikel Lain