suria

Mak Nyah Thai Tak Tolak Kerahan Tenaga

BANGKOK: Ratusan golongan belia melaporkan diri untuk program kerahan tenaga di Thailand sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun, kali ini ia tidak hanya melibatkan lelaki, malahan golongan transgender yang 'ayu' juga tampil untuk menyertai unit ketenteraan negara.

Tahun ini, pasukan tentera Thai merancang merekrut 103,097 orang.

Daripada jumlah itu, 76,953 akan bekerja dengan pasukan Tentera Darat Diraja Thai, 16,000 (Laut), 8,420 (Udara) dan 1,173 akan ditempatkan di ibu pejabat pasukan tentera, selain 551 lagi di pejabat menteri pertahanan.

Warga Thai yang dilahirkan antara 1988 dan 1995 perlu melaporkan diri untuk program ketenteraan itu. - The Nation/Asia News Network

Thai, mak nyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain