suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Pesawat Kena Heret Dapat Pampasan

CHICAGO: Insiden penumpang diheret keluar dari pesawat terus mendapat perhatian pelbagai pihak dan terkini syarikat penerbangan United Express memaklumkan akan membayar pampasan berdasarkan kos pembelian tiket.

Jurucakap syarikat, Megan McCarthy berkata, penumpang terbabit akan diberi pampasan secara tunai, kredit atau jarak penerbangan.

Ahad lalu, tiket penerbangan 3411 dari Chicago ke Louisville, Kentucky habis dijual dan penumpang sedang menunggu untuk berlepas apabila syarikat itu mengumumkan memerlukan empat tempat duduk untuk kakitangannya.

David Dao, 69, doktor keturunan Vietnam dari Elizabethtown, Kentucky, adalah seorang daripada empat penumpang yang diminta turun bagi memberi tempat kepada empat pekerja United Airlines yang perlu ke Kentucky.

Beliau diheret keluar daripada pesawat oleh beberapa pegawai keselamatan apabila enggan berbuat demikian.

Rakaman video di Facebook yang menunjukkan tiga pegawai keselamatan mengheret Dao dari pesawat United Airlines tersebar di media sosial dan mendapat kritikan keras.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Oscar Munoz bagaimanapun sudah memohon maaf di atas insiden itu. - AP



Dao, United Express

Artikel Sebelum

Artikel Lain