suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 420 Pembunuhan Kejam Berlaku Di Sinaloa

MEXICO: Lebih 420 pembunuhan kejam dilaporkan berlaku dalam tempoh 100 hari di Sinaloa, Mexico, menurut pemimpin Parti Revolusi Demokratik (PRD).

Presiden parti itu Claudia Morales berkata, banyak perkara menyumbang kepada masalah itu antaranya kegagalan aspek keselamatan walaupun terdapat 2,200 anggota tentera dan ejen polis dihantar kerajaan pusat ke negeri berkenaan.

Susulan itu, Gabenor Quirino Ordaz dikritik kerana dikatakan tidak tegas dalam mengambil langkah bagi membendung kegiatan jenayah untuk menjamin keamanan.

Keadaan tidak selamat dan keganasan berlaku di hampir kesemua 18 majlis perbandaran terutamanya di Culiacan dan Navolato.

Dilanda pelbagai kritikan menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengumumkan perubahan dalam pentadbiran di pejabat Setiausaha Keselamatan Perbandaran di Culiacan, Badiraguato, Escuinapa, Elota dan Navolato, bandar di mana banyak kes pembunuhan dilaporkan. -Bernama

Pembunuhan Kejam, mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain