suria

Yangon Tutup Kem Pelarian, Kunci Mulut Hal Etnik Rohingya

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar mula menutup tiga kem pelarian di Rakhine yang menjadi antara tempat perlindungan utama penduduk Islam Rohingya.

Bagaimanapun tiada penjelasan diberi mengenai penempatan semula penghuni kem berkenaan selepas ia ditutup.

"Kami telah memulakan proses menutup tiga kem pelarian dalaman (IDP)," menurut Penasihat Keselamatan Negara Myanmar, Thaung Tun.

Langkah itu susulan gesaan suruhanjaya diketuai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan sebagai sebahagian siri langkah bagi memperbaiki ketegangan etnik di wilayah berkenaan.

Pegawai kerajaan memberitahu, proses penutupan dimulakan dengan tiga kem yang dikenalpasti dalam laporan suruhanjaya termasuk sebuah tempat perlindungan yang menempatkan etnik Kaman Islam.

Di Kyauk Phyu, terdapat tiga kem IDP untuk penduduk Rakhine, Sittwe untuk Rohingya dan Ramree untuk Kaman.

Kem paling besar termasuk lebih 200 rumah yang dipenuhi etnik Rohingya. - Press TV

Rohingya, Rakhine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain