suria

Insiden Penumpang Diheret 'Dahsyat' - Trump

Donald Trump. Foto Reuters

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan insiden United Airlines baru-baru ini sebagai 'dahsyat'.

Beliau juga menggesa syarikat penerbangan menaikkan jumlah bayaran kepada penumpang yang diminta memberikan tempat duduk sekiranya berlaku lebihan tempahan dalam penerbangan.

Memetik laporan Wall Street Journal, Trump berkata: "Mereka patut menaikkan lagi. Tetapi apabila secara rawak berkata: "Awak perlu keluar dari pesawat, itu dahsyat."

Penumpang yang diheret pegawai keselamatan dalam pesawat United Airlines, Dr Davio Dao sedang pulih selepas insiden berlaku di Chicago pada Ahad lalu.

Peguamnya memohon kepada mahkamah untuk mengarah perintah supaya United Airlines menyimpan semua video, rakaman kokpit, senarai penumpang, kakitangan dan kru berkaitan dengan insiden berkenaan. 

Ahad lalu, tiket penerbangan 3411 dari Chicago ke Louisville, Kentucky habis dijual dan penumpang sedang menunggu untuk berlepas apabila syarikat itu mengumumkan memerlukan empat tempat duduk untuk kakitangannya.

Dao, 69, doktor keturunan Vietnam dari Elizabethtown, Kentucky, adalah seorang daripada empat penumpang yang diminta turun bagi memberi tempat kepada empat pekerja United Airlines yang perlu ke Kentucky.

Beliau diheret keluar daripada pesawat oleh beberapa pegawai keselamatan apabila enggan berbuat demikian.

Rakaman video di Facebook yang menunjukkan tiga pegawai keselamatan mengheret Dao dari pesawat United Airlines tersebar di media sosial dan mendapat kritikan keras.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Oscar Munoz bagaimanapun sudah memohon maaf di atas insiden itu. - Mail Online



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain