Belanja RM12,000 Demi Rasai Kematian - Dunia | mStar

Belanja RM12,000 Demi Rasai Kematian

BEIJING: Seorang penduduk kampung di China sanggup 'memalsukan kematiannya' semata-mata mahu melihat sendiri bagaimana upacara pengkebumiannya diadakan.

Menurut laporan Mail Online, Lin Guozhong tidak pernah berkahwin dan memiliki anak, sekali gus membuatkan dirinya mahu merasai pengalaman upacara pengkebumian dirinya sendiri.

Lelaki berusia 58 tahun itu mengatur majlis tersebut pada 3 April lalu dan menjemput jiran serta saudaranya untuk 'meratapi' pemergiannya selain mengusung 'keranda menuju ke tanah perkuburan.

Guozhong juga sanggup menghabiskan belanja sebanyak 20,000 yuan (RM12,849) untuk mengadakan majlis pengkebumian palsu itu di kampungnya di Changyan, Zhangjiajie di wilayah Hunan, selatan China.


Malah dia menyediakan makanan dan hiburan sepanjang acara itu diadakan bagi menghiburkan tetamunya.

Ketika upacara itu diadakan, Guozhong duduk di dalam keranda sambil dibawa berarak oleh penduduk kampung yang 'menangisi' pemergiannya.

Bagaimanapun, tindakan Guozhong itu dikritik oleh saudaranya sendiri, Chen Yonghong yang menyifatkan majlis tersebut sebagai satu pembaziran.

Katanya, Guozhong boleh menggunakan wang tersebut untuk hal kecemasan memandangkan usianya yang sudah tua.

Susulan tindakan Guozhong itu, media tempatan menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan bagi pihak yang mengadakan majlis sedemikian yang dilihat bertentangan dengan kepercayaan masyarakat setempat.

Kebumi Palsu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain