suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Habis RM55,000 Selamatkan Lelaki Terkandas Dalam Lumpur

ANGGOTA penyelamat bergegas mengeluarkan lelaki yang terkandas dalam lumpur di Southampton pada 26 Mac 2017. - UK News in Pictures

LONDON: Pasukan penyelamat di Southampton, England terpaksa menghabiskan kos sebanyak 10,000 pound (RM55,000) semata-mata untuk menyelamatkan seorang lelaki yang terkandas bersama kayaknya di dalam lumpur.

Kejadian itu berlaku di Sungai Itchen dekat Jambatan Northam pada Ahad lalu apabila lelaki yang tidak dinamakan itu, leka membaca buku ketika berkayak di sungai terbabit tanpa menyedari air sedang surut.

Menurut portal Mail Online, pasukan kecemasan dari lima stesen dan dua pasukan pengawal pantai dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan lelaki itu yang menghubungi talian kecemasan 999.

Operasi menyelamat berkenaan melibatkan lebih 40 anggota kecemasan dari Balai Bomba Hightown, St Mary’s, Redbridge, Fareham dan Cosham selain seorang polis.

Dia berjaya diselamatkan dalam tempoh kurang sejam selepas pasukan menyelamat menggunakan pakaian khas untuk meredah lumpur sambil mengheret bot getah bagi membawa keluar lelaki itu.

Kayak, Kandas

Artikel Lain