suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Cedera Bola Keranjang Meletup

Gambar hiasan.

SYDNEY: Seorang wanita di Australia melecur di bahagian muka dan tangan apabila bola keranjang yang diambilnya secara tiba-tiba meletup, kata polis pada Selasa.

Penyiasat berkata, mangsa berusia 21 tahun itu sedang berjalan di sebuah pantai di Melbourne ketika menjumpai bola berkenaan di atas pasir.

"Bola tersebut meletup sebaik sahaja dia mengutipnya. Kejadian itu mengakibatkan dia melecur di bahagian muka, kepala dan tangan," kata polis Victoria.

"Dia kemudiannya bergegas ke pantai untuk menyejukkan bahagian melecur sebelum dihantar ke hospital oleh pasukan paramedik."

Skuad letupan dan pembakaran sedang menyiasat punca kejadian.

Setakat ini tidak dipastikan bagaimana ia meletup pada kejadian 18 Mac lalu, walaupun polis memberitahu kemungkinan disebabkan bunga api atau seumpanya diletakkan pada bola keranjang tersebut.

"Polis memberitahu sekumpulan lelaki mungkin melemparkan bola itu ke arah wanita terbabit dan mereka kemudiannya melarikan diri," tambah skuad itu. - AFP

Artikel Lain