suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pecah Rekod Dunia Guna Kepala

SARAJEVO: Seorang jaguh seni pertahanan diri taekwando mencipta rekod dunia apabila menghancurkan 111 buah batu bata dengan menggunakan kekuatan kepalanya.

Kerim Ahmetspahic, 16, dari Bosnia, melakukan aksi luar biasa itu hanya dalam tempoh 35 saat ketika disaksikan ramai penonton di bandar Visoko pada Sabtu lalu.

Wakil rekod dunia Guinness turut hadir untuk menyaksikan aksi Kerim yang melompat dan memusingkan badannya sebelum menghentakkan kepalanya bagi menghancurkan batu bata yang disusun sebanyak enam buah setiap satu baris.

Kerim bersama jurulatihnya, Edin.

Sebaik-baik sahaja dia melengkapkan cabaran tersebut, kedengaran penonton bersorak meraikan kejayaan remaja itu.

"Saya masih mempunyai kekuatan.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencapai kejayaan ini terutamanya ibu bapa saya dan jurulatih, Edin Kajevic," katanya menurut laporan Mail Online.

Kerim Ahmetspahic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain