suria

Israel Didakwa Bunuh Pegawai Kanan Hamas

PENDUDUK Palestin di Gaza berarak membawa potret Mazen Faqha yang mati dibunuh pada 25 Mac 2017, dipercayai didalangi oleh rejim Israel. - REUTERS

GAZA: Seorang pegawai kanan pergerakan Palestin, Hamas di Semenanjung Gaza, mati dibunuh oleh sekumpulan penyerang yang dipercayai diupah oleh rejim Israel.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Hamas, Iyad al-Bozum berkata, pembunuhan Mazen Faqha berlaku di kawasan penempatan Tell al-Hama pada Sabtu dan kumpulan penyerang itu dipercayai menggunakan alat penyenyap bunyi untuk membunuh mangsa.

Ujarnya siasatan berhubung kes itu telah dijalankan dan pihaknya percaya Israel merupakan dalang pembunuhan terbabit.

"Rejim Zionis tahu bahawa darah pejuang Hamas tidak akan tumpah dengan sia-sia dan kami tahu bagaimana mahu membalasnya semula," katanya menurut laporan Al Jazeera.

Sementara itu, jurucakap polis Hamas, Ayman al-Batniji berkata, siasatan forensik mendapati terdapat empat kesan tembakan di bahagian kepala Faqha.

Faqha, 38, merupakan pegawai kanan Hamas di Tebing Barat dan pernah dipenjarakan oleh rejim Israel pada 2003 kerana didakwa merancang serangan ke atas pendatang haram Yahudi.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun tetapi dilepaskan lebih awal di Semenanjung Gaza serta merupakan antara 1,000 tahanan Palestin yang dibebaskan sebagai pertukaran askar Israel, Gilad Shalit.

Shalid ditawan oleh pejuang Hamas susulan pertempuran antara kedua-dua pihak pada 2006.

Hamas, Israel, Mazen Faqha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain