suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Larangan Gajet AS, Britain Undang Kritikan

GAMBAR FAIL menunjukkan anggota keselamatan memeriksa barangan penumpang menggunakan mesin X-ray di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk. - REUTERS

ISTANBUL: Larangan membawa gajet termasuk komputer riba dan komputer tablet ke kabin pesawat melibatkan sejumlah penerbangan dari Asia Barat dan Afrika Utara seperti yang dikuatkuasakan oleh Amerika Syarikat dan Britain, ternyata mengundang aduan daripada penumpang.

Berdasarkan larangan yang diumumkan pada minggu lalu, peralatan elektronik  tersebut perlu disimpan di ruangan bagasi bagi penerbangan yang menunju ke dua negara terbabit.

AS mengenakan peraturan itu bagi penerbangan dari 10 lapangan terbang termasuk di Turki, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun Britain mengecualikan UAE dan Qatar tetapi menguatkuasakan peraturan itu ke atas Turki, Lebanon, Jordan, Mesir dan Arab Saudi.

Kesemua lapangan terbang yang terlibat diberi masa sehingga Sabtu untuk melaksanakan peraturan baharu itu.

Bagaimanapun, larangan itu ternyata mengundang kritikan dan aduan daripada penumpang terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul, antara lokasi yang dikenakan peraturan tersebut.

"Lapangan terbang ini sangat terkawal. Tahap keselamatannya sangat ketat berbanding lapangan terbang lain di seluruh dunia. Jadi mengapa larangan tersebut perlu dilaksanakan di sini?" soal seorang penumpang, Haggai Mazursky menurut laporan portal Al Jazeera.

Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan di Turki cuba menenangkan keresahan penumpang apabila mengadakan perbincangan dengan AS untuk menarik semula larangan itu.

Ia ekoran kebimbangan industri penerbangan di Turki akan terjejas dengan penguatkuasaan larangan tersebut kerana melibatkan keselesaan penumpang.

Kebanyakkan pemerhati menyifatkan peraturan ketat AS dan Britain itu sebagai satu bentuk diskriminasi kerana melibatkan senarai negara Islam.


Larangan Gajet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain