suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Tangkapan 'Penting' Berhubung Serangan London

Jambangan bunga diletakkan di lokasi serangan di Jambatan Westminster di London. Foto Reuters

LONDON: Polis Britain berkata, pihaknya membuat dua tangkapan penting berhubung siasatan ke atas serangan di kawasan Parlimen di London.

Pihak berkuasa itu berkata, nama di sebalik serangan itu adalah Adrian Russell Ajao.

Pegawai anti keganasan Britain, Mark Rowley berkata, seramai sembilan individu ditahan selepas serangan pada Rabu yang mengorbankan lima orang termasuk penyerang.

Polis berkata, lelaki di sebalik serangan itu merupakan kelahiran Britain, Khalid Mansood yang menggunakan beberapa nama samaran.

Mark Rowley.

Siasatan dijalankan sama ada terdapat pihak lain mengarahkan Masood untuk melancarkan serangan.

"Siasatan kita memberi tumpuan kepada pengaruh, operasi dan sekutunya," kata Rowley.

"Walaupun tiada bukti mengenai ancaaman seterusnya, anda akan faham usaha kita untuk mengenal pasti sama ada dia sememangnya bertindak sendiri, mungkin dipengaruhi oleh propaganda pengganas, ada pihak yang menggalakkan, menyokong atau mengarahkannya."

Rowley berkata, polis telah melakukan dua lagi tangkapan "penting" pada Khamis, satu di West Midlands dan satu lagi di barat laut negara itu.

"Sekarang terdapat sembilan orang yang ditahan, dan seorang wanita telah dibebaskan dengan ikat jamin," katanya.

Menurut Rowley, penyerang yang merempuh pejalan kaki di Jambatan Westminster sebelum menikam seorang anggota polis sehingga maut, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang cedera. - Reuters

Artikel Lain