suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telefon Pintar Boleh Uji Kualiti Sperma

MIAMI: Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki.

Menurut penyelidik Amerika Syarikat, melaluinya golongan lelaki boleh mengetahui sama ada mereka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam masa beberapa minit.

Masalah kemandulan menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia.

Lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sperma berkualiti rendah.

Teknologi itu bertujuan memudahkan golongan lelaki untuk menguji sperma mereka di rumah.

"Kami mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki yang sederhana dan berpatutan," kata penulis bersama Hadi Shafiee, seorang doktor di bahagian kejuruteraan dalam bidang perubatan di Hospital Wanita Brigham.

"Selama ini lelaki perlu menyediakan sampel air mani di hospital. Situasi in menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan," katanya.

Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.

Penyelidik merancang untuk melakukan ujian tambahan sebelum memfailkan untuk kelulusan unit Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). AFP

Sperma

Artikel Lain