suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petani Tuntut Pampasan Diberikan Kereta Api

GAMBAR HIASAN

NEW DELHI: Seorang petani yang berusaha untuk mendapatkan pampasan setimpal selepas tanahnya diambil untuk pembinaan landasan kereta api berakhir dengan keputusan mengejutkan apabila sebuah mahkamah memberikannya sebuah kereta api.

Petani tersebut, Sampuran Singh mengemukakan kes tuntutan pampasan tersebut sejak 2015 apabila dia mendakwa syarikat Kereta Api India memberikan pampasan tidak setimpal selepas mengambil tanahnya di Punjab, negeri di utara India, bagi membina landasan baru.

Walaupun Sampuran memenangi kes itu tetapi syarikat kereta api berkenaan enggan membayarnya, menyebabkan Singh mengemukakan rayuan Januari lalu.

Jumaat lalu, peguam Singh, Rakesh Gandhi berkata, sebuah mahkamah di negeri itu memberikannya sebuah kereta api ekspress sebagai ganti kepada 10 juta rupee (RM142,000) yang dihutang syarikat kereta api itu kepadanya.

Gandhi juga memberitahu, Hakim Jaspal Verma turut memberikan Singh hak milik pejabat stesen pegawai kereta api di Ludhiana, bandar di Punjab yang turut dilalui kereta api berkenaan.

Selepas keputusan itu, Singh dan peguamnya ke stesen Ludhiana dan menanti kereta api terbabit tiba sebelum menyerahkan dokumen mahkamah kepada pemandunya.

Dia bagaimanapun membenarkan pemandu berkenaan meneruskan perjalanan ke destinasinya.

Pegawai kereta api kemudian mendapatkan perintah penangguhan sementara sehingga kes itu dengar semula.

“Jika mereka gagal membayar wang menjelang hari perbicaraan semula, mahkamah boleh mengarahkan kereta api itu dilelong,” kata Gandhi. - AFP

Sampuran Singh, Kereta Api

Artikel Lain