Lelaki Mabuk Masuk Ikan Dalam Usus Air Besar - Dunia | mStar

Lelaki Mabuk Masuk Ikan Dalam Usus Air Besar

DOKTOR menunjukkan kedudukan ikan yang memasuki usus seorang lelaki di China menerusi gambar x-ray. - Ihsan Mirror.uk

BEIJING: Seorang lelaki mabuk di China, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia memasukkan dua ekor ikan hidup menerusi bahagian duburnya.

Tindakannya itu menyebabkan dua ekor ikan tersebut berenang menerusi ususnya dan seekor daripadanya memasuki usus membuang air besar menyebabkan mangsa mengalami sakit perut melampau.

Doktor di sebuah hospital di Guangzhou, selatan China berjaya mengeluarkan dua ekor ikan tersebut dan lelaki berkenaan masih ditempatkan di unit rawatan rapi.

Berdasarkan laporan People's Daily Online, kejadian berkenaan berlaku pada 10 Mac lalu apabila lelaki berusia 45 tahun yang tidak dinamakan itu mabuk dan bertindak memasukkan ikan berkenaan ke dalam badannya.


Perbuatannya itu menyebabkan dia mengalami demam, tekanan darah rendah dan sakit perut sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Jinan sehari kemudian.

Doktor mendapati lelaki berkenaan berisiko dijangkiti kuman di bahagian usus dan terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan ikan tersebut yang pertama berukuran kira-kira 15 sentimeter.

Namun mereka pada awalnya gagal mengesan ikan kedua dalam usus tersebut sebelum menyedari kesan luka pada organ tersebut.

"Ikan kedua berukuran 1.2 sentimeter tersangkut pada bahagian kanan perut pesakit tersebut.

"Dia boleh kehilangan nyawa jika ikan itu berenang ke bahagian organ yang lebih tinggi termasuk paru-paru dan jantung," kata seorang daripada doktor yang terlibat dalam pembebdahan tersebut.

Lelaki Mabuk , Usus Air Besar , China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain