suria

Dua Perisik Rusia Terlibat Godam 500 Juta Emel Yahoo

Tiga daripada empat suspek yang akan didakwa kerana menggodam akaun Yahoo adalah Belan (kiri) dan dua ejen Rusia, Dokuchaev (tengah) and Sushchin (kanan).

DUA ejen perisik Rusia antara empat individu yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana mengodam emel Yahoo pada 2014 hingga menggugat sekurang-kurangnya 500 juta akaun.

Kedua-duanya adalah ejen Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) iaitu Dmitry Aleksandrovich Dokuchaev, 33, dan Igor Anatolyevich Sushchin, 43.

Tambah menarik apabila mereka bersubahat dengan dua penjenayah yang bertindak selaku penggoram iaitu warga Rusia, Alexsey Alexseyevich Belan, 29, dan Karim Baratov, 22, rakyat Kanada-Kazakhstan.

Penggodam mensasarkan akaun emel pegawai Rusia, Amerika Syarikat (AS), wartawan Rusia dan pekerja perkhidmatan kewangan serta perniagaan lain.

Siasatan juga mendapati suspek telah menggodam emel itu untuk mendapatkan maklumat peribadi dan data kewangan seperti number kad kredit.

Pemangku Penolong Peguam Negara, Bahagian Keselamatan Nasional AS, Mary McCord berkata dua ejen itu telah melindungi, memberi arahan, menyediakan kemudahan dan membayar sejumlah wang kepada penggodam itu.

Baratov telah ditahan di Kanada, manakala Belan adalah antara penjenayah yang dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana jenayah siber.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo, Marissa Mayeer mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa AS kerana bertindak terhadap penjenayah terlibat.

Rusia, FBS, FBI, Mary McCord

Artikel Lain