suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pilihan Raya Presiden Korea Selatan Selewat-Lewatnya 9 Mei

Park Geun-hye.

SEOUL: Pilihan raya presiden Korea Selatan untuk memilih pengganti, Park Geun-hye  akan diadakan secara bebas dan adil selewat-lewatnya 9 Mei ini, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu.

Mahkamah Perlembagaan menolak rayuan Geun-hye pada Jumaat berhubung satu skandal rasuah melibatkan beberapa konglomerat negara itu.

Di bawah perlembagaan itu, satu pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Korea Selatan, Kim Yeok-deok berkata beliau prihatin terhadap perbezaan politik yang boleh mencetuskan suasana tegang sebelum pilihan raya tersebut.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya mengharungi 'konflik' itu dan keluar mengundi. - Reuters




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain