suria

Polis Jerman Arah Tutup Pusat Beli-Belah

BERLIN: Polis di Essen, barat Jerman mengarahkan pusat membeli-belah di bandar itu ditutup pada Sabtu kerana adanya tanda-tanda kukuh akan berlaku serangan terbaharu.

"Berdasarkan siasatan kami setakat ini, tumpuan serangan adalah di pusat membeli-belah," kata polis dalam kenyataan.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut berhubung ancaman itu dimaklumkan.

Terbaharu berlaku dua serangan melibatkan 10 orang yang cedera di stesen kereta api Dusseldorf dan tempat letak kereta berdekatan. Penyerang dalam insiden pertama melibatkan sembilan orang itu berjaya ditahan.

Jerman kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan serangan pengganas di Perancis dan Belgium, selain serangan rakyat Tunisia yang memandu trak dan merempih pasar pada Disember lalu hingga mengorbankan 12 orang. - Reuters

Essen, Jerman

Artikel Lain