suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malala Ditawar Pengajian Di Oxford

PENERIMA Anugerah Keamanan Nobel, Malala Yousafzai menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti di Britain selepas mengemukakan permohonan untuk memasuki Oxford.

Remaja berusia 19 tahun nyaris maut akibat ditembak di kepalanya oleh puak Taliban pada 2012 kerana berkempen mempertahankan hak wanita mendapatkan pendidikan.

Malala telah memohon untuk menyertai Lady Margaret Hall, Oxford di mana idolanya, bekas presiden Pakistan, Benazir Bhutto melanjutkan pengajian di situ.

Penerima Anugerah Keamanan Nobel paling muda itu mengumumkan mengenai tawaran yang diterimanya pada persidangan pendidikan di Birmingham.

"Tawaran bersyarat itu memerlukan saya mendapat tiga A di peringkat A-Level bagi membolehkan saya melanjutkan pengajian dalam bidang Politik, Falsafah dan Ekonomi," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk beliau mencapai matlamat hidupnya.

"Saya berharap dapat terus belajar dan pada masa sama bekerja untuk Tabung Malala bagi memastikan setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat peluang belajar," katanya.


Malala, Nobel, Oxford

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain