suria

AS Tempatkan Sistem Antipeluru Berpandu Di Korea Selatan

SEOUL: Amerika Syarikat (AS) menempatkan sejumlah sistem antipeluru berpandu balistik berteknologi tinggi di Korea Selatan susulan ujian misil yang dilakukan Korea Utara baru-baru ini.

Sistem Pertahanan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) diterbangkan ke Korea Selasa selepas beberapa hari Pyongyang melancarkan empat peluru berpandu ke Laut Jepun.

Pyongyang menyuarakan kemarahan terhadap tindakan AS itu manakala China dan Rusia mendakwa sistem berkenaan merupakan radar senjata berkuasa tinggi.

Namun tentera AS berkara, sistem senjata itu merupakan langkah pertahanan untuk memusnahkan peluru berpandu balistik.

Ketua Pusat Perintah AS di Pasifik, Laksamana Harry Harris berkata, tindakan provokatif berterusan daripada Korea Utara termasuk ujian peluru berpandu baru-baru ini, memaksa penempatan sistem pertahanan THAAD ke Korea Selatan.

Kedua-dua pegawai kerajaan AS dan Korea Utara mengesahkan sistem pertahanan THAAD akan beroperasi secepat mungkin bagi memberi perlindungan terhadap sebarang kemungkinan ancaman Pyongyang.

Menurut Seoul, penempatan sistem pertahanan itu akan mengukuhkan keupayaan sistem antipeluru berpandu yang setakat ini bergantung kepada teknologi pertahanan Patriot.

Sistem THAAD yang dibawa menggunakan trak boleh melancarkan sehingga 48 misil antipeluru berpandu dan direka khas untuk menghapuskan sasaran pada altitud tinggi.

Korea Utara, THAAD

Artikel Lain