suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Utara Jalani Latihan Serang Pangkalan AS Di Jepun

PYONGYANG: Korea Utara mendakwa ujian pelancaran peluru berpandu jarak jauh baru-baru ini merupakan latihan untuk menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jepun.

Amaran Pyongyang itu dikeluarkan hanya beberapa hari selepas melancarkan empat peluru berpandu balistik yang boleh mencapai jarak kira-kira 1,000 kilometer ke Laut Timur, sebagai mempamerkan kekuatan republik tersebut.

Pada Selasa, rejim berkenaan turut menyiarkan foto yang menunjukkan pemimpinnya, Kim Jong-un memantau pelancaran misil dan wajah gembira dengan kemajuan yang dicapai oleh tenteranya.

Agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA melaporkan, Jong-un telah mengarahkan latihan ketenteraan dimulakan melibatkan simulasi menceroboh Jepun.

Menurut laporan itu, latihan tentera itu melibatkan tugas menyerang pangkalan tentera AS di Jepun.

Susulan amaran Korea Utara itu, Presiden AS Donald Trump menghubungi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan mereka menyifatkan ancaman daripada Pyongyang memasuki tahap baharu.

Dalam perkembangan sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadualkan mengadakan sidang tergempar pada Rabu selepas Washington dan Tokyo meminta perbincangan diadakan untuk mengambil langkah tambahan ekoran ancaman terbaharu Korea Utara.

Mengikut resolusi PBB, Pyongyang dilarang menggunakan sebarang teknologi peluru berpandu balistik dan Duta AS ke PBB, Nikki Haley dalam kenyataannya berkata, dunia tidak akan membenarkan Korea Utara terus menuju ke jalan kemusnahan.

Korea Utara, Jepun, AS

Artikel Lain