suria

Korea Utara Bedil Empat Peluru Berpandu, Tiga Jatuh Di EEZ Jepun

Tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik disiarkan stesen TV Korea Selatan.

SEOUL: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Tokyo mengemukakan 'protes tegas' ke atas Korea Utara selepas negara itu membedil empat peluru berpandu balistik pada awal pagi Isnin.

Jepun mendakwa tiga daripada empat peluru itu mendarat di Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Jepun.

"Pelancaran terbaharu peluru berpandu balistik itu jelas menunjukkan bukti ancaman baharu daripada Korea Utara," kata Abe kepada pemberita di kediamannya.

Menurut tentera Korea Selatan, peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Tongchang-ri, pangkalan peluru berpandu tersebut.

Korea Utara mengkritik tindakan askar Korea Selatan yang mengadakan latihan tentera tahunan dengan Amerika Syarikat (AS) berskala besar untuk menguji persediaan mereka dalam menghadapi ancaman Korea Utara.

Latihan tersebut yang dinamakan Foal Eagle, diteruskan dalam ketegangan yang timbul berikutan Korea Utara menguji pelancaran peliru berpandu balistik pada 12 Februari lalu, selain ancaman tindak balas ketenteraan Pyongyang sebelum ini.

Pada tahun lalu, Korea Utara melancarkan roket jarak jauh yang dipercayai untuk membawa satelit ke orbit.

Tindakan itu bagaimanapun dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengingkari resolusinya berhubung ujian nuklear.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain