suria

Bekas Presiden Guna Twitter, Abai Larangan Sendiri

TEHERAN: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menjadi pemimpin terbaharu yang menyertai laman sosial Twitter pada Ahad walaupun beliau pernah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan platform media tersebut di negaranya.

Twit pertama yang dikeluarkan oleh Ahmadinejad adalah sebuah video yang meminta orang ramai mengikutinya menerusi akaun peribadinya @Ahmadinejad1956.

"Dengan nama Allah, salam sejahtera buat seluruh manusia di dunia yang cintakan kebebasan," tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Walaupun perkhidmatan sosial itu disekat untuk rakyat biasa, kebanyakan pegawai tertinggi Iran dibenarkan menggunakan laman sosial tersebut termasuk Presiden Hassan Rouhani dan Menteri Luar Mohammad Javad Zarif.

Malah pejabat pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei turut menguruskan akaun Twitter yang memiliki beberapa bahasa.

Rakyat Iran yang mengelakkan larangan dan menggunakan Twitter menggunakan perisian peribadi, membangkitkan isu larangan penggunaan laman sosial itu yang dikaitkan dengan bantahan besar-besaran terhadap Ahmadinejad pada 2009 selepas beliau dipilih semula sebagai Presiden menerusi pilihan raya.

Bantahan itu yang mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya, merupakan yang pertama di dunia diselaraskan dan dipromosikan menggunakan Twitter sehingga digelar sebagai 'Revolusi Twitter'.

Twitter dan beberapa laman media sosial memainkan peranan penting dalam bantahan di Asia Barat ketika fenomena 'Kebangkitan Arab' melanda rantau tersebut.

Mahmoud Ahmadinejad, Twitter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain