suria

'Lelaki Gajah' Tolak Tawaran Berlakon

BEIJING: Seorang lelaki di China yang digelar sebagai 'Lelaki Gajah' kerana memiliki ketumbuhan pada mukanya, menolak tawaran untuk menyertai sebuah rancangan seram di negaranya itu.

Huang Chuncai, 39, menderita ketumbuhan tersebut di mukanya sejak 35 tahun lalu dan pernah menjalani empat pembedahan sebagai usaha membuang penyakit itu.

Kini Chuncai tetap meneruskan kehidupan secara normal walaupun ketumbuhan baharu semakin membesar di mukannya.

Dia menjadi bahan kajian perubatan dan dokumentari khas sejak beberapa puluh tahun lalu selepas dia didapati menderita kes ketumbuhan neurofibromatosis paling teruk di dunia.

Tumor itu bermula sejak Chuncai berusia empat tahun dan pernah mencapai berat 15 kilogram.

Lelaki yang berasal dari kampung Yulan, wilayah Hunan, tengah China itu, dibedah buat kali pertama pada 2007 dan menjalani tiga lagi pembedahan beberapa tahun berikutnya menerusi dana yang disumbangkan orang ramai.

Pembedahan itu berjaya mengurangkan sedikit ketumbuhan di muka Chungcai tetapi ia masih tumor muka terbesar di dunia.

Dia hanya bersekolah selama empat tahun selepas sering dihina dan diperlekehkan oleh kanak-kanak lain.

Kini dia tinggal bersama ibu bapa dan adik beradiknya serta meneruskan kehidupan secara normal.

Huang Chuncai

Artikel Lain