suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Islam Universiti Di Montreal Berdepan Ancaman Bom

MONTREAL: Pelajar Islam universiti di sini berdepan ancaman bom yang dipercayai didalangi kumpulan 'underground' chapter of C4.

Susulan tindakan majlis konservatif warga Kanada di universiti itu, lebih 4,000 pelajar terpaksa dipindahkan dari kampus di Universiti Concordia yang terletak di pusat bandar, di sini, pada Rabu.

Kumpulan berkenaan telah menghantar emel kepada pentadbiran universiti dan media tempatan, bagi memberi amaran kepada pelajar Islam. 

Dalam amaran itu, kumpulan itu mengancam akan meletupkan bahan letupan buatan sendiri sehari sebelum hari Jumaat, untuk membantah aktiviti pelajar Islam.

"Kini Donald Trump sudah jadi Presiden Amerika Syarikat. Kami tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku kamu lagi.

"Selagi Universiti Concordia tidak menghentikan semua aktiviti keagamaan di kampus, kami memutuskan tindakan lanjut untuk menunjukkan sejauh mana kami bersedia untuk memerangi orang Islam," ikrar kumpulan itu menerusi emel. 

Polis Montreal berkata, mereka sedang menyiasat emel berbentuk ancaman itu, selain memeriksa seluruh kampus tetapi tiada bahan letupan ditemui. 

Sementara itu, jurucakap Universiti Concordia, Christine Mota, berkata tiga bangunan universiti terbabit dikosongkan sebelum tengah hari dan ditutup hingga jam 6 petang (waktu tempatan).

Surat ancaman yang sama turut dihantar kepada Universiti Mcgill yang terletak di kawasan berhampiran, menyebabkan pentadbiran diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tetapi kandungan surat itu tidak menyatakan masa dan tempat kemungkinan berlakunya serangan. - AFP


Montreal, Mcgill, bom, C4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain