suria

Anak Pele Dibebaskan Sementara Tunggu Rayuan Hukuman

SAO PAULO: Sebuah mahkamah di Brazil memerintahkan anak lelaki legenda bola sepak, Pele perlu dibebaskan dan dibenarkan untuk merayu hukuman penjara hampir 13 tahun di atas pertuduhan berkaitan dadah.

Edson Cholbi do Nascimento, atau lebih dikenali sebagai Edinho, menyerah diri kepada polis pada minggu lalu bagi menjalani hukuman yang dikurangkan daripada 33 tahun kepada 12 tahun dan 10 bulan.

Seorang hakim di Mahkamah Keadilan Atasan, Brazil mengarahkan agar Edinho dibebaskan pada Rabu walaupun peguam lelaki itu berkata anak guamnya hanya akan dilepaskan pada Khamis.

Edinho yang juga bekas penjaga gol kelab Santos didapati bersalah atas kesalahan menyeludup dadah dan pengubahan wang haram pada 2005.

Namun dia menafikan tuduhan tersebut dan berikrar untuk membersihkan namanya.

Bapanya, Pele, 76, disifatkan sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan membantu Brazil memenangi tiga gelaran juara Piala Dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain