suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat Badan Gagalkan Cubaan Wanita Bunuh Diri

Seorang wanita dalam keadaan terapung, sekali gus memudahkan pasukan penyelamat menyelamatkannya daripada lemas.

BEIJING: Cubaan seorang wanita untuk melemaskan diri gagal apabila berat badannya yang berlebihan menghalangnya daripada tenggelam, lapor akhbar tempatan.

Menurut laporan Nanfang Daily, wanita itu cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke sebuah sungai di Zhongshan di wilayah Guangdong pada Jumaat lalu.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Wanita tersebut kemudiannya ditarik menghampiri bot penyelamat dengan menggunakan tali pinggang penyelamat, tetapi sukar untuk dipakaikan berikutan saiz badannya yang besar.

Bagaimanapun, keadaan wanita itu yang terapung di air memudahkan penyelamat mengesannya sebelum menyelamatkannya.

Wanita berkenaan dalam keadaan sedar ketika diselamatkan dan kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemerhatian.

Laporan memetik seorang lelaki yang mendakwa sebagai rakan kepada wanita itu sebagai berkata, dia tidak pasti punca rakannya mahu membunuh diri. – South China Morning Post

Artikel Lain