suria

Guru Ikat Tangan Murid Koyak Kertas

BANGKOK: Hanya kerana mengoyakkan kertas, dua murid perempuan di sebuah sekolah di Thailand didera dengan kejam oleh guru mereka.

Menurut portal Metro.uk, tangan kedua-dua kanak-kanak berusia lima tahun itu diikat dan mata mereka ditutup sebagai hukuman atas kesalahan kecil itu.

Malah gambar mereka dihukum turut tersebar dalam media sosial dan ibu bapa kedua-dua murid tersebut meminta pampasan daripada guru berkenaan.

Kejadian itu berlaku sebuah sekolah di Surin apabila dua guru bertindak mengikat murid terbabit dengan kain selain menutup mata mereka.

Guru ketiga yang mengambil gambar tersebut menunjukkan foto itu kepada ibu bapa murid berkenaan tetapi guru besar sekolah terlibat mempertahankan tindakan stafnya dengan alasan mahu mangsa menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran berjalan.

Kes berkenaan menarik perhatian polis dan kedua-dua guru terlibat diarahkan membayar pampasan sebanyak 40,000 baht (RM5,076) setiap seorang.


Bapa kepada seorang mangsa berkata, guru yang memberikan gambar itu memaklumkan bahawa anak perempuannya dan seorang lagi murid diikat dan ditutup bahagian mata.

"Mereka berdua hanya melakukan kesalahan mengoyakkan kertas dan diperlakukan sedemikian.

"Mereka berdua menangis dan ketakutan akibat tindakan guru tersebut," katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan wilayah itu, Narong Meuanchart berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu dan kedua-dua guru berkenaan akan berdepan tindakan undang-undang.

Kedua-dua murid tersebut dipindahkan ke sekolah berlainan.

Murid Diikat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ibu Cekup Anak Ratah Mayat Budak

Artikel Lain