suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan Hadiri Pengebumian Peguam Islam Myanmar Mati Ditembak

YANGON: Peguam kanan masyarakat Islam yang ditembak mati di luar lapangan terbang di sini disyaki menjadi mangsa pembunuhan terancang, demikian dakwa parti pemerintah Myanmar, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Ko Ni yang juga penasihat undang-undang NLD yang lantang menentang fahaman pelampau agama ditembak pada kepala tengah hari Ahad oleh penyerang ketika berada di luar lapangan terbang itu bersama cucu­nya sebaik tiba dari Indonesia.

Majlis pengebumian peguam Islam berusia 63 tahun itu telah dihadiri ribuan masyarakat Islam negara ini.

Seorang pemandu teksi yang cuba menghalang penyerang itu juga maut ditembak dalam peristiwa yang mengejutkan itu.

Pihak berkuasa bertindak pantas dan menahan penyerang, Kyi Lin, 53 di lokasi kejadian dan disoal siasat. Bagaimanapun setakat ini, motif sebenar pembunuhan belum didedahkan.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berdiri sambil mengacukan pistol ke kepala, di belakang Ko Ni yang juga penasihat Aung San Suu Kyi yang sedang mendukung cucunya.

Pembunuhannya itu menggemparkan Myanmar yang kini menghadapi tekanan dunia, terutama negara Islam berikutan dakwaan kekejaman serta pembunuhan terhadap etnik minoriti Rohingya yang beragama Islam.

Ko Ni adalah tokoh masyarakat Islam yang lantang mengkritik sentimen anti-Islam oleh penganut Buddha di negara itu serta mengkritik kuasa tentera terhadap pemerintahan Myanmar.







Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain